بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum wbt
17.7.2014 :
tarikh yang cukup memilukan...
terkejut, terkaku...banyak perkara sedih yang berlaku...
astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah...
1. serangan darat oleh Zionis Laknatullah di Gaza
setelah kira-kira beberapa jam selepas genjatan senjata di Gaza, untuk memudahkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza,Palestin di serang di darat okleh Zionist Laknatullah...
perkara terkeji dalam sejarah kemanusiaan itu telah disahkan oleh Perdana Menteri negara haram Israel, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Moshe Yaalon mengarahkan operasi serangan darat itu bagi memusnahkan rangkaian terowong bawah tanah dari Gaza yang menganjurkan masuk ke wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim Zionis itu.
Berita melaporkan bedilan meriam dan serangan tentera laut sudahpun dilancarkan di sepanjang sempadan Gaza. Perdana menteri dan menteri pertahanan negara haram tersebut mengarahkan IDF supaya mulakan operasi malam ini bagi menyasarkan terowong pejuang Palestin dari Gaza ke Israel.
Operasi ketenteraan itu menurut Zionist Laknatullah diperluaskan sebagai tindak balas kepada serangan roket oleh kumpulan pejuang Palestin dan bertujuan mahu melumpuhkan Hamas yang menguasai Gaza.
Tidak lama selepas gencatan senjata itu tamat, kedua-dua pihak kembali berbalas serangan.
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan tujuh kanak-kanak terbunuh dalam masa tiga jam selepas gencatan senjata berakhir.
Operasi ketenteraan sejak 10 hari lalu itu setakat ini membunuh 230 warga Palestin dan seorang rakyat Israel. Hampir 2,000 orang warga Palestin cedera. Agensi bantuan kemanusiaan antarabangsa mendedahkan kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak, wanita dan orang awam.
Hamas dalam reaksi balas menegaskan rejim Yahudi itu akan berdepan dengan tentangan yang sengit dan "akan membayar harga yang mahal" ekoran tindakannya itu.
Kumpulan pejuang Hamas dilaporkan masuk ke kawasan Israel menggunakan terowong berkenaan untuk melancarkan serangan pada Khamis. Israel mendakwa berjaya mematahkan serangan itu.
Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum memberitahu CNN bahawa "pencerobohan darat oleh tentera Israel itu adalah satu langkah bahaya yang tidak diketahui kesannya. Israel akan membayar harga yang mahal untuk ini."
Bagi kami, kalo btoi la Zionist Laknatullah tu berani dan hebat, dia tak akan serang Palestin kerana sudah terang-terangan Palestin kurang dari segi pensenjataan. Tapi percaturan nyata lebih terbaik untuk hamba-hambanya...Zionis Laknatullah lupa, mereka melawan pahlawan hebat!!!!! PAHLAWAN AL-QASSAM!!!! PAHLAWAN BADAR!!!!!! Hanya dengan batu, hanya batu dari kanak-kanak palestin mereka lari ketakutan... Semoga terus dicampakkan rasa takut, gementar dan rasa tak tenang di dalam hati-hati insan yang menyerang Palestin... Takbir!!!!!!
Berita sedih pertama... :(
p/s: teruskan membaca Qunut Nazilah... kita ada senjata ampuh yang satu itu... jangan lupa...
:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::



No comments:
Post a Comment