بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum wbt
Puasa tak harini? hehehe .. hrni dah hari ke 16 dh kita semua berpuasa... Alhamdulillah. Sempena bulan yang mulia ni, mudah-mudahan masih belum terlmabat untuk kita baiki amalan n tingkatkannya... insyaALLAH diterima olehnya ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Harinie nak share tentang fidyah.. apa itu fidyah? Moga-moga perkongsian ini dapat membuka minda dan memberi idea pa bnda tu fidyah... :) Jom tengok...
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak
dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah
tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.
Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

(Sumber: Selangor Zakat Board, 2014)
Jom tengok pendapat Dr.MAZA :)
ni pulak pendapat UAI berkenaan Fidyah :)
Kalo kawan-kawan nak lagi info, bolehla p melawat pusat zakat yang ada di seluruh Malaysia ... mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan... :)
p/s: Balik reja petang ni nk teman kawan p Johor, nak melawat atok dia sakit tua.. Doakan perjalanan kami na... esok cuti Nuzul Quran :) ni kena edit balik, awat xtau depa p auto-translate mat saleh td... hadoi
:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::

No comments:
Post a Comment