Sunday, 14 September 2014

Sublet tu apa??

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum wbt 

sublet adalah satu teknik mendapatkan pendapatan sampingan dengan menyewakan kediaman milik orang lain kepada pihak ketiga. dalam erti kata lain, sublet adalah sewa atas sewa. pengurusan risiko exit plan nya sangat rendah. boleh jana pendapatan walau tanpa memiliki pegangan atas hartanah tersebut. 

 P/s: siapa kata modal kecik tak boleh buat duit?? Pilihan ditangan anda... nak seribu daya, tak nak tengok ja la... 



:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::

Strategi Hartanah: Buy to flip???

بسم الله الرحمن الرحيم 

assalamualaikum wbt... 

buy to flip adalah strategi pelabur untuk mendapatkan keuntungan pantas dalam jangka masa pendek hasil pertambahan nilai ekuiti atau pasaran pada hartanah tersebut. kebiasaannya, pelabur hanya beli projek undercon langsung dari pemaju ataupun rumah subsale yang di bawah harga pasaran untuk tempoh yang singkat sebelum dijual semula. 

walaubagaimanapun, jualan di bawah tempoh 5tahun akan dikenakan cukai hartanah yang disebut sebagai RPGT iaitu sebanyak 30% bg tahun pertama, dan berkurang mengikut tahun berikutnya. 

p/s:pastikan matlamat pelaburan anda jelas... 


:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::

Wednesday, 3 September 2014

Membina Jenama Diri Sendiri

Sebagai mana sesebuah perniagaan, diri kita juga mempunyai jenamanya tersendiri. Ia melambangkan apa yang orang fikir tentang kita di luar sana. 

Di facebook, apa yang tuan-puan tulis dan kongsi, itulah yang menjadi jenama kepada diri tuam-puan. Ada yang suka berselfie, cerita kisah cintan-cintun, politik, masak-memasak, share gambar anak dan dsbg. Tiada yang salah, sendiri punya rumah. 


p/s: it is how people perceived the value of ourself. 



:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::

Tuesday, 2 September 2014

Dulu Lain Sekarang Lain

Harga undercon sekarang pun dah tak masuk akal. Rental nak cover installment pun dah tak lepas. Mana taknya, negative cashflow. ROI apatah lagi. Buat habis bateri kalkulator je kira. 

Kalau beli untuk duduk lainlah cerita. Cepat betul naik harga. Baru nak simpan bullet kasi cukup. Aduyai. Dah la DIBS dimansuhkan. RPGT pulak dinaikkan. (Abaikan Skim Rumah Pertamaku kalau nak main flipping sebab ada locking period). 

Strategi pelaburan zaman newbie sekarang tak macam stategi pelaburan zaman otai-otai dulu. Strategi perlu berubah mengikut perkembangan semasa. Pelabur yang hardcore tahu policy breach dan manipulation strategy dalam apa jua keadaan ekonomi. 

 Dengar khabar property buble pun dah nak dekat. Masa tu banyak hartanah yang akan kena lelong. Pelabur yang ada strong purchasing power akan menang. Fuhh. 



 p/s: Baru berangan nak main strategy bulk purchase. Hehehehe...


:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::