Thursday, 24 July 2014

KeLawakan Apakah Ini???

assalamualaikum wbt



apa habaq semua?? lagi 4 hari g nak raya, macam sat ja puasa taun ni...huhu

harini nak sembang n nak kutuk sikit pasai artikel yang 'terjumpa n ternampak' kat link kat bawah ni...boleh masuk kategori lawak antarabangsa kot hat ni; huh!!!!!!!!!!!!


http://www.astroawani.com/news/show/tentera-israel-wajar-dapat-hadiah-nobel-keamanan-kata-duta-40527

hat xleh nak terima tu nak bagi "hadiah nobel keamanan"?? memang tak layak... sangat-sangat tak layak!!! sungguh tak layak!!!!! dah la menceroboh masuk negara orang pastu kata tempat dia, bunuh n tangkap orang suak-suka hati, pastu penceroboh macamtu nak bagi hadiah nobel??? sapa hat bagi tu memang kepala letak kat lutut betoi la... huh!!!





aduhai... kenapa la diorang ni tak paham-paham g... dah kompem-kompem diorang tu masuk kat negara orang secara HARAM... pastu lagi mau serang tempat orang, bunuh orang tak bersalah (orang awam lak tu; kanak-kanak, ibu-ibu, warga tua) semua ditangkap tanpa sebab n dibunuh tanpa ada rasa kesian... 

kadang-kadang macam terpikiaq, diorang ni tak ada hati perut ka?? mana sifat ihsan dalam diri mereka?? serang tempat orang pastu 'claim' kononnya nak mempertahankan diri? apakah???





analogi dia macam ni la, nak bagi mudah paham; kita tak ada rumah, pastu kita p rumah orang, pastu kita suruh tuan rumah tu keluaq sebab kita nak duduk kat rumah tu sebab kita tak ada rumah... agak-agak tuan rumah buat apa? kompem-kompem la usaha pertahankan rumah dia, susah-susah dia kumpul duit, nak bagi kemudahan kat keluarga dia, pastu suka-suka hati ja nak halau keluaq dari rumah sendiri.. tak ka orang gila ja yang akan buat camtu???

malaysia pun tak iktiraf negara HARAM: Israel; Zionist Laknatullah...

"Ya Allah, hancurkanlah kekuatan tentera dan sekutu-sekutu Zionis Laknatullah... pecah belahkan persefahaman mereka.. jadikan hidup mereka sentiasa dalam ketakutan... aminnn"

p/s: jom sama-sama daoakan kemenangan pejuang Brigade Al-Qassam di Palestin.. Jom doakan saudara kita yang ditindas... 



:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::


Friday, 18 July 2014

Tragedi MH17 disempadan Ukraine/Rusia

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum wbt

17.7.2014 :
lagi bencana udara sesudah MH370 yang masih hilang tanpa khabar berita... 
astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah...



2. MH17 terhempas di sempadan Ukraine-Rusia
Pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke KLIA terhempas di sempadan Ukraine-Rusia.. kawasan yang dikatakan bergolak... dilaporkan sebanyak 295 penumpang terkorban. 280 penumpang dan 15 orang anak kapal... ini merupakan bencana udara terbesar sesudah MH370 yang hilang tanpa berita sehingga hari ini... mayat ditemui bergelimpangan dan cebisan pesawat ditemui sekitar 15km dari tempat kejadian...















Kronologi Tragedi MH17:

Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi Jumaat.

Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah “ditembak” namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.

17 Julai (Khamis)

* 12.15 Tengah Hari – (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.

* 10.15 MALAM – (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

18 Julai (Jumaat)

* 12.00 TENGAH MALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menulis tweet: “Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta.”
- Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas itu.

* 2.07 PAGI – Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di selatan Ukraine selepas sebuah pesawat penumpang Malaysia terhempas di kawasan itu.

* 2.30 PAGI – Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di sempadan Ukraine adalah satu “tragedi dasyat” dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan sewajarnya untuk membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku.

(Sumber: BERNAMA)


berita sedih kedua :(


p/s: innalillahiwainnailaihiraji'un..
jom kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa-mangsa tragedi MH17


:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::




Serangan Darat oleh Zionist Laknatullah

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum wbt

17.7.2014 :
tarikh yang cukup memilukan...
terkejut, terkaku...banyak perkara sedih yang berlaku... 
astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah...


1. serangan darat oleh Zionis Laknatullah di Gaza
setelah kira-kira beberapa jam selepas genjatan senjata di Gaza, untuk memudahkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza,Palestin di serang di darat okleh Zionist Laknatullah...

perkara terkeji dalam sejarah kemanusiaan itu telah disahkan oleh Perdana Menteri negara haram Israel, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Moshe Yaalon mengarahkan operasi serangan darat itu bagi memusnahkan rangkaian terowong bawah tanah dari Gaza yang menganjurkan masuk ke wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim Zionis itu.

Berita melaporkan bedilan meriam dan serangan tentera laut sudahpun dilancarkan di sepanjang sempadan Gaza. Perdana menteri dan menteri pertahanan negara haram tersebut mengarahkan IDF supaya mulakan operasi malam ini bagi menyasarkan terowong pejuang Palestin dari Gaza ke Israel.



 Tentera Israel kononnya ingin memperluaskan Operasi Perlindungan Sempadan yang dilancarkan sejak 10 hari lalu dengan mengerahkan tenteranya masuk ke Semenanjung Gaza dan memulakan operasi serangan darat awal hari ini. Peristiwa kejam itu menyaksikan darah kanak-kanak, wanita, orang awam di bumi anbia Palestin dibunuh sewenang-wenangnya. Kadang-kadang terfikir, adakah manusia bernama Zionist ni dilahirkan tanpa hati perut?????

Operasi ketenteraan itu menurut Zionist Laknatullah diperluaskan sebagai tindak balas kepada serangan roket oleh kumpulan pejuang Palestin dan bertujuan mahu melumpuhkan Hamas yang menguasai Gaza.




 Serangan darat ini dilancarkan beberapa jam selepas gencatan senjata selama lima jam dipatuhi pada Khamis. Gencatan senjata bermula pukul 3 petang waktu Malaysia itu berakhir pada pukul 8 malam.

Tidak lama selepas gencatan senjata itu tamat, kedua-dua pihak kembali berbalas serangan.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan tujuh kanak-kanak terbunuh dalam masa tiga jam selepas gencatan senjata berakhir.

Operasi ketenteraan sejak 10 hari lalu itu setakat ini membunuh 230 warga Palestin dan seorang rakyat Israel. Hampir 2,000 orang warga Palestin cedera. Agensi bantuan kemanusiaan antarabangsa mendedahkan kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak, wanita dan orang awam.


Hamas dalam reaksi balas menegaskan rejim Yahudi itu akan berdepan dengan tentangan yang sengit dan "akan membayar harga yang mahal" ekoran tindakannya itu.

Kumpulan pejuang Hamas dilaporkan masuk ke kawasan Israel menggunakan terowong berkenaan untuk melancarkan serangan pada Khamis. Israel mendakwa berjaya mematahkan serangan itu.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum memberitahu CNN bahawa "pencerobohan darat oleh tentera Israel itu adalah satu langkah bahaya yang tidak diketahui kesannya. Israel akan membayar harga yang mahal untuk ini."
Bagi kami, kalo btoi la Zionist Laknatullah tu berani dan hebat, dia tak akan serang Palestin kerana sudah terang-terangan Palestin kurang dari segi pensenjataan. Tapi percaturan nyata lebih terbaik untuk hamba-hambanya...Zionis Laknatullah lupa, mereka melawan pahlawan hebat!!!!! PAHLAWAN AL-QASSAM!!!! PAHLAWAN BADAR!!!!!! Hanya dengan batu, hanya batu dari kanak-kanak palestin mereka lari ketakutan... Semoga terus dicampakkan rasa takut, gementar dan rasa tak tenang di dalam hati-hati insan yang menyerang Palestin... Takbir!!!!!!

Berita sedih pertama... :(

p/s: teruskan membaca Qunut Nazilah... kita ada senjata ampuh yang satu itu... jangan lupa...


:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::

Sunday, 13 July 2014

Ramadhan: F.I.D.Y.A.H

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum wbt

Puasa tak harini? hehehe ..  hrni dah hari ke 16 dh kita semua berpuasa... Alhamdulillah. Sempena bulan yang mulia ni, mudah-mudahan masih belum terlmabat untuk kita baiki amalan n tingkatkannya... insyaALLAH diterima olehnya ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Harinie nak share tentang fidyah.. apa itu fidyah? Moga-moga perkongsian ini dapat membuka minda dan memberi idea pa bnda tu fidyah... :) Jom tengok...




Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.

Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya

(Sumber: Selangor Zakat Board, 2014)


Jom tengok pendapat Dr.MAZA :)


ni pulak pendapat UAI berkenaan Fidyah :)



Kalo kawan-kawan nak lagi info, bolehla p melawat pusat zakat yang ada di seluruh Malaysia ... mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan... :)


p/s: Balik reja petang ni nk teman kawan p Johor, nak melawat atok dia sakit tua.. Doakan perjalanan kami na... esok cuti Nuzul Quran :) ni kena edit balik, awat xtau depa p auto-translate mat saleh td... hadoi


:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) :: 

Saturday, 12 July 2014

blog editting... :)

 بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum w.b.t

alang-alang dok tengah buat kemaskini blog tu.. meh nk crita sikit... td dok belek-belek cmna nak bagi blog nampak kemas yet attractive... cari punya cari jmpa blog ni...kat bawah ni link blog tu... :)

http://adiwidget.blogspot.com/search/label/--Get%20Codes--

korang pasni kalo nak cari gadget cute n comel boleh la p melawat.. hehe...
amacam blog kami?? ok? hehe.. saya budak baru belajaq, mohon tunjuk ajaq... 





p/s: cheq balik reja pukoi 1 hrni.. tengah plan nk wat apa ni balik satg... hehe.. selamat berpuasa semua... :)


:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::

resipi rendang ayam

بسم الله الرحمن الرحيم



assalamualaikum w.b.t

masak apa petang ni semua? sapa-sapa yang teringin nak makan rendang ayam, tryla resipi mak kami ni... sdap gila... ayaq tangan mak paling tak leh lawan... saya sayang mak saya :) :) :)


BAHAN-BAHAN:

Bahan A:
ayam setengah ekoq (dh digoreng)
daun kunyit
santan

Bahan B: (kisaq sampai lumat)
serai 2 tangkai
halia sebesaq ibu jari
lengkuas sebesaq ibu jari
bawang besaq 1 ulas
bawang merah 5 ulas
cabai kering 
cabai melaka


CARA MEMASAK:

1. masukkan bahan-bahan yang dah dikisaq, minyak, tambah daun kunyit (koyak-      koyakkn - utk naikkan bau)
2. kacau n biaq sampai naik minyak
3. bila dah naik minyak, masukkan ayam yg dh digoreng td ngan santan
4. masukkan ayaq asam jawa sikit + gula + garam secukup rasa
5. biaq bagi kering sikit
6. sedia untuk dimakan, nyummm :)




p/s: nak bagi lagi sedap rendang ayam tu, tambah ngan selawat n zikir masa masak... BFF kami selalu pesan, dia kata biaq xpandai masak, janji rajin masak... hehe :) jom memasak...

...selamat mencuba...

:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::

~ s.a.l.a.m. p.e.r.k.e.n.a.l.a.n ~

 بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum w.b.t

dah lama kmi tak aktif dalam blog ni... hat blog lama pun dah lupa dah apa nama ngan password dia.. hehe (dah nampak dah ketuaan dan 'kematangan' di situ) :) lepas ni boleh la share banyak benda, at least ada bukti (bukti bertulis la kononnya ni ... hehe) pengalaman pait, manis, masam, kelat yang kita boleh kongsi ramai-ramai .. kikiki ... with my beloved family, friends n bakal kawan2... hehehe... moga kehadiran di alam blogger ni dapat diterima n dapat menambah ilmu, iman & amal... insyaALLAH...

senyum seindah suria..
yang membawa cahya...
senyum la dari hati...
dunia mu berseri...
senyum umpama titian dalam kehidupan..
kau tersenyum... ku tersenyum..
kemesraan menguntum.. 


p/s: kt pejabat ni coz harinie kena reja, sbb sabtu minggu kedua.. hehe... 



:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::