Friday, 18 July 2014

Tragedi MH17 disempadan Ukraine/Rusia

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum wbt

17.7.2014 :
lagi bencana udara sesudah MH370 yang masih hilang tanpa khabar berita... 
astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah...



2. MH17 terhempas di sempadan Ukraine-Rusia
Pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke KLIA terhempas di sempadan Ukraine-Rusia.. kawasan yang dikatakan bergolak... dilaporkan sebanyak 295 penumpang terkorban. 280 penumpang dan 15 orang anak kapal... ini merupakan bencana udara terbesar sesudah MH370 yang hilang tanpa berita sehingga hari ini... mayat ditemui bergelimpangan dan cebisan pesawat ditemui sekitar 15km dari tempat kejadian...















Kronologi Tragedi MH17:

Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi Jumaat.

Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah “ditembak” namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.

17 Julai (Khamis)

* 12.15 Tengah Hari – (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.

* 10.15 MALAM – (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.

18 Julai (Jumaat)

* 12.00 TENGAH MALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menulis tweet: “Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta.”
- Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas itu.

* 2.07 PAGI – Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di selatan Ukraine selepas sebuah pesawat penumpang Malaysia terhempas di kawasan itu.

* 2.30 PAGI – Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di sempadan Ukraine adalah satu “tragedi dasyat” dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan sewajarnya untuk membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku.

(Sumber: BERNAMA)


berita sedih kedua :(


p/s: innalillahiwainnailaihiraji'un..
jom kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa-mangsa tragedi MH17


:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::




No comments:

Post a Comment