Showing posts with label #freepalestin#. Show all posts
Showing posts with label #freepalestin#. Show all posts

Thursday, 24 July 2014

KeLawakan Apakah Ini???

assalamualaikum wbt



apa habaq semua?? lagi 4 hari g nak raya, macam sat ja puasa taun ni...huhu

harini nak sembang n nak kutuk sikit pasai artikel yang 'terjumpa n ternampak' kat link kat bawah ni...boleh masuk kategori lawak antarabangsa kot hat ni; huh!!!!!!!!!!!!


http://www.astroawani.com/news/show/tentera-israel-wajar-dapat-hadiah-nobel-keamanan-kata-duta-40527

hat xleh nak terima tu nak bagi "hadiah nobel keamanan"?? memang tak layak... sangat-sangat tak layak!!! sungguh tak layak!!!!! dah la menceroboh masuk negara orang pastu kata tempat dia, bunuh n tangkap orang suak-suka hati, pastu penceroboh macamtu nak bagi hadiah nobel??? sapa hat bagi tu memang kepala letak kat lutut betoi la... huh!!!





aduhai... kenapa la diorang ni tak paham-paham g... dah kompem-kompem diorang tu masuk kat negara orang secara HARAM... pastu lagi mau serang tempat orang, bunuh orang tak bersalah (orang awam lak tu; kanak-kanak, ibu-ibu, warga tua) semua ditangkap tanpa sebab n dibunuh tanpa ada rasa kesian... 

kadang-kadang macam terpikiaq, diorang ni tak ada hati perut ka?? mana sifat ihsan dalam diri mereka?? serang tempat orang pastu 'claim' kononnya nak mempertahankan diri? apakah???





analogi dia macam ni la, nak bagi mudah paham; kita tak ada rumah, pastu kita p rumah orang, pastu kita suruh tuan rumah tu keluaq sebab kita nak duduk kat rumah tu sebab kita tak ada rumah... agak-agak tuan rumah buat apa? kompem-kompem la usaha pertahankan rumah dia, susah-susah dia kumpul duit, nak bagi kemudahan kat keluarga dia, pastu suka-suka hati ja nak halau keluaq dari rumah sendiri.. tak ka orang gila ja yang akan buat camtu???

malaysia pun tak iktiraf negara HARAM: Israel; Zionist Laknatullah...

"Ya Allah, hancurkanlah kekuatan tentera dan sekutu-sekutu Zionis Laknatullah... pecah belahkan persefahaman mereka.. jadikan hidup mereka sentiasa dalam ketakutan... aminnn"

p/s: jom sama-sama daoakan kemenangan pejuang Brigade Al-Qassam di Palestin.. Jom doakan saudara kita yang ditindas... 



:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::


Friday, 18 July 2014

Serangan Darat oleh Zionist Laknatullah

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum wbt

17.7.2014 :
tarikh yang cukup memilukan...
terkejut, terkaku...banyak perkara sedih yang berlaku... 
astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah...


1. serangan darat oleh Zionis Laknatullah di Gaza
setelah kira-kira beberapa jam selepas genjatan senjata di Gaza, untuk memudahkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza,Palestin di serang di darat okleh Zionist Laknatullah...

perkara terkeji dalam sejarah kemanusiaan itu telah disahkan oleh Perdana Menteri negara haram Israel, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Moshe Yaalon mengarahkan operasi serangan darat itu bagi memusnahkan rangkaian terowong bawah tanah dari Gaza yang menganjurkan masuk ke wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim Zionis itu.

Berita melaporkan bedilan meriam dan serangan tentera laut sudahpun dilancarkan di sepanjang sempadan Gaza. Perdana menteri dan menteri pertahanan negara haram tersebut mengarahkan IDF supaya mulakan operasi malam ini bagi menyasarkan terowong pejuang Palestin dari Gaza ke Israel.



 Tentera Israel kononnya ingin memperluaskan Operasi Perlindungan Sempadan yang dilancarkan sejak 10 hari lalu dengan mengerahkan tenteranya masuk ke Semenanjung Gaza dan memulakan operasi serangan darat awal hari ini. Peristiwa kejam itu menyaksikan darah kanak-kanak, wanita, orang awam di bumi anbia Palestin dibunuh sewenang-wenangnya. Kadang-kadang terfikir, adakah manusia bernama Zionist ni dilahirkan tanpa hati perut?????

Operasi ketenteraan itu menurut Zionist Laknatullah diperluaskan sebagai tindak balas kepada serangan roket oleh kumpulan pejuang Palestin dan bertujuan mahu melumpuhkan Hamas yang menguasai Gaza.




 Serangan darat ini dilancarkan beberapa jam selepas gencatan senjata selama lima jam dipatuhi pada Khamis. Gencatan senjata bermula pukul 3 petang waktu Malaysia itu berakhir pada pukul 8 malam.

Tidak lama selepas gencatan senjata itu tamat, kedua-dua pihak kembali berbalas serangan.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan tujuh kanak-kanak terbunuh dalam masa tiga jam selepas gencatan senjata berakhir.

Operasi ketenteraan sejak 10 hari lalu itu setakat ini membunuh 230 warga Palestin dan seorang rakyat Israel. Hampir 2,000 orang warga Palestin cedera. Agensi bantuan kemanusiaan antarabangsa mendedahkan kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak, wanita dan orang awam.


Hamas dalam reaksi balas menegaskan rejim Yahudi itu akan berdepan dengan tentangan yang sengit dan "akan membayar harga yang mahal" ekoran tindakannya itu.

Kumpulan pejuang Hamas dilaporkan masuk ke kawasan Israel menggunakan terowong berkenaan untuk melancarkan serangan pada Khamis. Israel mendakwa berjaya mematahkan serangan itu.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum memberitahu CNN bahawa "pencerobohan darat oleh tentera Israel itu adalah satu langkah bahaya yang tidak diketahui kesannya. Israel akan membayar harga yang mahal untuk ini."
Bagi kami, kalo btoi la Zionist Laknatullah tu berani dan hebat, dia tak akan serang Palestin kerana sudah terang-terangan Palestin kurang dari segi pensenjataan. Tapi percaturan nyata lebih terbaik untuk hamba-hambanya...Zionis Laknatullah lupa, mereka melawan pahlawan hebat!!!!! PAHLAWAN AL-QASSAM!!!! PAHLAWAN BADAR!!!!!! Hanya dengan batu, hanya batu dari kanak-kanak palestin mereka lari ketakutan... Semoga terus dicampakkan rasa takut, gementar dan rasa tak tenang di dalam hati-hati insan yang menyerang Palestin... Takbir!!!!!!

Berita sedih pertama... :(

p/s: teruskan membaca Qunut Nazilah... kita ada senjata ampuh yang satu itu... jangan lupa...


:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::