Wednesday, 27 August 2014

Tahukah anda tentang Apartment??



بسم الله الرحمن الرحيم


assalamualaikum wrt



tahukah anda??? Harga apartment yang tidak mempunyai lif semakin murah apabila semakin tinggi tingkat.


Walaubagaimanapun, harga bagi apartment yang mempunyai lif adalah sama sekalipun ada 100 tingkat.



p/s: Survey dulu dan tanya pendapat pakar sebelum beli rumah, tak salah belajar ilmu baru :)



:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::

Bahaya Magnet Hiasan di Peti Sejuk



بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum wbt


wahhh...lama betoi tak menulis.. hari ni rasa nak share pasal magnet hiasan hat slalu orang letak kat peti ais tu... hehe..

Sebelum ni dah banyak kali gak dengaq pasal orang kata tak elok letak magnet hiasan kat peti ais... depa kata bahaya ‘magnet fridge’ ni... Dulu macam abaikan ja, maybe sangkaan orang tapi tak di’proved’kan faktanya... Tapi dua tiga hari nie macam dok dengaq balik isu nie. Tu yang dok cari balik kt Mr. Google, Mrs. Yahoo... memang dah lama rupanya isu ni, tapi ramai gak yang tak tau.. Rasa bertanggungjawab untuk ‘share’ ilmu dari internet yang tak seberapa nie..ececey... bukan apa... sebabnya mak kami memang pengemar dan pengumpul ‘magnet fridge’ ni.. peti ais kat rumah dua-dua penuh dengan magnet hiasan ni... kebenaran fakta wallahua’lam, tapi tak salah kan kita mencegah dari berlaku...

Kajian pasal bahaya magnet hiasan ni kebanyakannya dari Universiti Princeton yang terletak di New Jersey, United States... Menurut kajian, makanan mentah seperti ikan, ayam, daging, sayuq yang disimpan dalam peti ais ni mudah dicemari dengan pancaran sinar electromagnet yang boleh menyebabkn penyakit barah a.k.a kanser.
Seperti yang kita semua tau, barah ni merebak senyap2, bila dah sampai tahap teruk, peringakat ke 4 baru tuan punya badan akan rasa perubahan pada diri dia. Rasa loya, demam lama tak kebah, tak bermaya, kurang selera makan merupakan sebahagian dari tanda-tanda barah ni. Pada peringkat ni, selalunya telah terlewat untuk menerima rawatan dan pulih...



Pesakit pada peringkat ni akan disarankan menjalani rawatan kimoterapi yang menyakitkan dan mengakibatkn keguguran rambut yang ketara. Seperti yang diketahui, rawatan kimo ni bukan menjamin 100% keberkesanan tapi ia macam melambatkan proses kanser merebak.

Sebab tu kita yang dah tau pasai ni patut sebarkan dan dedahkan kepada orang lain. Ambil langkah berjaga-jaga dari awai. Dah terlambat nanti kita yang rugi sebab kita dah tau, tapi sebab kita amik ringan, benda ni tak dicegah. Lakukan pemeriksaan kesihatan paling kurang setahun sekali untuk kesan sel kanser. Elok mencegah dari mengubati yang belum pasti.

Sebagai alternatif, kita masih boleh teruskan minat kumpul magnet hiasan yang cantik ni, tapi gunakan papan besi nipis yang boleh dibeli di kedai-kedai hardware dan lekatkan magnet hiasan yang de boom tu.

p/s: bila ada masalah, cari jalan untuk atasi ...,
bukan lari, tapi cari alternatif... J 



:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::

Tips Bandingkan Harga Rumah



بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum wbt


Ketika membuat selection rumah, jangan sesekali bandingkan harga rumah tetapi bandingkan dengan nilai harga kaki persegi binaan rumah tersebut.
Misalnya, rumah berharga RM300k berkeluasan 1000 kps dan rumah berharga RM400k berkeluasan 1800 kps, yang mana mengikut pendapat anda lebih mahal??

Jika dibandingkan dari segi harga, sudah tentu anda akan anggap RM400k lebih mahal, tetapi jika bandingkan dari segi kaki persegi, anda akan mendapati rumah RM300k tadi lebih mahal...

Kiraannya adalah dengan membahagikan harga rumah dengan kaki persegi; RM400k bahagi 1800 kps akan dapat RM222/kps manakala RM300k bahagi 1000 kps akan dapat RM300/kps...



p/s: semoga perkongsian ini bermanfaat :)



:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::






Cukai untuk Pelabur Hartanah



بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum wbt


Terdapat dua jenis cukai yang perlu dibayar oleh pelabur hartanah:


     1. Cukai pintu setahun sekali
     2. Cukai taksiran setahun dua kali



p/s: Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperolehi hasil atau pendapatan.. J




:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::

Formula: Breakeven Deposit



بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum wbt

Formula untuk kira breakeven bagi deposit yang telah dikeluarkan adalah:-

downpayment / cashflow sebulan  x 12 bulan



Cth kiraan:
    
      dp RM20,000 / cf RM300  x  12 bln = 5.5 tahun



p/s: 
Breakeven; tempoh diperlukan untuk pulang modal J



:: ALLAH adalah KEKUATAN... untuk kekuatan, carilah ALLAH (^_^) ::